Akaun debeshop.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

PENDAFTARAN RETORT MAKANAN

PENDAFTARAN RETORT MAKANAN

PERNAH DENGAR TEKNOLOGI RETORT DALAM PENYEDIAAN PRODUK MAKANAN YANG DIHASILKAN MAMPU BERTAHAN SEHINGGA DUA TAHUN TANPA MENJEJASKAN STRUKTUR DAN RASA?


Teknologi Retort telah dianggap sebagai teras yang paling penting dalam pembungkusan makanan sejak akhir-akhir ini dan mempunyai potensi alternatif kepada pengusaha kecil-kecilan untuk kembangkan perniagaan. Idea ini sangat mudah digunakan berbanding cara tradisional yang agak rumit. Teknologi ini sangat popular dan telah lama digunapakai di Jepun dan Amerika Syarikat. Retort juga berkembang pesat dikebanyakan negara yang maju khususnya dalam menghasilkan produk makanan berasaskan pertanian dan penternakan supaya ianya lebih tahan lama dan menjimatkan kos.



BAGAIMANA TEKNOLOGI RETORT BERFUNGSI?

1. Teknologi retort produk makanan adalah salah satu daripada pelbagai kaedah proses untuk tujuan pengawetan.

2. Teknologi retort akan membasmi mikroorganisma dalam masakan dengan suhu sehingga 121 darjah Celsius.


APAKAH KEPENTINGAN TEKNOLOGI RETORT?

1. Makanan terjamin dari segi kebersihan dan kesegaran serta sesuai dipasarkan bagi tujuan komersial.

2. Mengekalkan rasa mahupun tekstur makanan tersebut.

3. Membunuh semua bakteria dalam makanan, termasuk yang terkandung di dalam peket.

4. Nutrisi dalam makanan tidak akan berkurangan.

5. Tempoh memasak makanan dapat dikurangkan antara 30% - 50%

6. Tempoh jangka hayat makanan akan bertambah sehingga 2 tahun


Permintaan pengguna terhadap makanan sedia dimakan (ready to eat) atau makanan segera semakin meningkat dan ia adalah peluang yang terbuka luas untuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).


KEBAIKAN PEMBUNGKUSAN SECARA RETORT!!

 1. Masa memasak yang lebih pendek supaya tekstur makanan dapat dikekalkan dan rasa makanan lebih baik.
   2. Nipis menjadikannya lebih mudah untuk dibawa dalam beg.   
 3. Lebih ringan supaya dapat menjimatkan tenaga, terutama ketika dibawa semasa melancong atau berkhemah di dalam hutan.
   4. Lebih fleksibel dan mudah disimpan.
   5. Tahan pada cuaca panas.
   6. Beg retort terhindar daripada masalah pengaratan (tin).
   7. Boleh digunakan untuk program CSR 
8.Tidak perlu reheat untuk di makan, hanya rendam dalam air mendidih selama 5 minit untuk panaskan sahaja

9.Microwavable

10.Mudah dibuka

11.Pelupusan yang mudah selepas digunakan: Kantung mudah diratakan dan tidak termasuk tepi tajam berbahaya

SIAPAKAH YANG PATUT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI RETORT?

  • Pengusaha kedai makan dan restoran - boleh jual kepada mereka yang tak sempat nak datang kedai
  • Pengusaha produk makanan secara kecilan daripada rumah - ANDA masak, kami retort
  • Ibu yang nak bekal makanan untuk anak2 di Asrama dan hantar makanan  kepada anak-anak di luar negara
  • Stok makanan di rumah dan pejabat sekiranya berlaku kecemasan
  • Program FOOD BANK & CSR BAGI pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan agensi kerajaan
  • Pemilik hotel dan katerer yang ingin meluaskan pemasaran produk 

MENGAPA PERLU RETORT DENGAN PUAN NORASHIKIN MAHAMAD DARIPADA RETORTECH??

  • SARJANA Muda Sains (Microbiology) daripada Universiti Malaya
  • Bimbingan daripada Tuan Ramli Man, Sifu Retort Malaysia
  • Menggunakan mesin retort yang terkini dan berkapasiti sederhana besar (100 liter), sangat sesuai untuk IKS
  • Mempunyai rantaian porch retort dan packaging dengan pembekal seperti Multi Plastic (Kelantan), MyBotol (Selangor) dan Yiwu, China sekiranya untuk kuantiti yang besar.
  • Ruang penyimpanan produk yang besar BAGI tujuan sebelum dan selepas retort.
  • Kakitangan yang terlatih dan cekap


KHUSUS UNTUK IKS KELANTAN & TERENGGANU SAHAJA.

PROMOSI INI HANYA SAH UNTUK BULAN SEPTEMBER 2022 SAHAJA.

1. SESI TAKLIMAT RETORT PERCUMA.

2. SETIAP PENDAFTARAN AKAN MELAYAKKAN UNTUK RETORT 10 BOTOL ATAU POURCH

3. SETIAP SESI HANYA 6 ORANG SAHAJA

(sesi pagi jam 9.00-11.00 pagi / sesi petang jam 3.00-5.00 petang)

4. PRODUK YANG TELAH SIAP RETORT PERLU DITINGGALKAN DI RETORTECH BAGI TUJUAN PEMBANGUNAN PRODUK

5. TENAGA PENGAJAR YANG PROFESIONAL IAITU PUAN NORASHIKIN MAHAMAD

(Banchelor Sains, Universiti Malaya)



SILA ISI BORANG PENDAFTARAN DI BAWAH UNTUK PROSES KONSULTASI BERSAMA RETORTECH.

SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!

ANDA MASAK DEKAT RUMAH..SAYA RETORT DEKAT PUSAT RETORT SAYA. Kelas percuma akan diberikan kepada semua peserta.


LEPAS BELAJAR, BOLEH BALIK RETORT SENDIRI DEKAT RUMAH.

ataupun

BOLEH RETORT DENGAN KAMI DENGAN HARGA YANG SANGAT ISTIMEWA

TARIKH BAGI PILIHAN PENDAFTARAN PERCUMA

KURSUS DAN R&D PRODUK UNTUK RETORT

20 SESI PILIHAN 


  1. 05 (ISNIN) & 06 (SELASA) & 07 (RABU) SEPTEMBER 2022 SESI PAGI DAN PETANG
  2. 16 (JUMAAT) & 17 (SABTU) & 18 (AHAD) SEPTEMBER 2022 SESI PAGI DAN PETANG
  3. 23 (JUMAAT) & 24 (SABTU) & 25 (AHAD) SEPTEMBER 2022 SESI PAGI DAN PETANG
  4. 30 (JUMAAT) SEPTEMBER 2022 SESI PAGI DAN PETANG

CARA PENDAFTARAN ADALAH DENGAN MEMILIH TARIKH DI RUANGAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH. ANDA AKAN DIJEMPUT UNTUK BERSAMA KAMI DALAM GROUP TELEGRAM BAGI SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN PRODUK YANG BERSESUAIAN SECARA PERCUMA

NOTA: SEMUA GAMBAR DIAMBIL DARIPADA FACEBOOK TUAN HAJI RAMLI MAN DAN RETORTECH


RETORTECH MENDOAKAN ANDA BERJAYA DALAM PERNIAGAAN.


Boleh saya bantu?